1. Apakah Pembayaran Berurutan? Pembayaran berurutan menyediakan sekurang-kurangnya 2 kaedah pembayaran untuk pengguna secara terus dalam pembayaran di Apple App Store, Google Play, Huawei App Gallery, Youtube Premium, dan halaman pembayaran Spotify. Jika kaedah pembayaran pertama yang dipilih tidak mempunyai baki atau had yang mencukupi, kaedah pembayaran kedua akan digunakan untuk percubaan transaksi. 2. Bolehkah pengguna baru dapat melihat Pembayaran Berurutan apabila mengaitkan akaun ShopeePay mereka? Pengguna baru yang mengaitkan dompet ShopeePay mereka ke Apple App Store dan Google Play akan dapat mengaktifkan pembayaran berurutan untuk peniaga yang membenarkannya. 3. Jika saya membatalkan pembelian saya, bagaimana saya akan menerima bayaran balik saya? Pengembalian wang akan dikreditkan melalui kaedah pembayaran yang digunakan. 4. Apakah had bagi setiap kaedah pembayaran yang ditawarkan? Had pembayaran akan mengikut had bagi setiap kaedah pembayaran yang dipilih. Dompet ShopeePay mempunyai had RM4,999 (jika KYC telah dilakukan), manakala SPayLater akan mengikut had yang diluluskan untuk anda. 5. Bolehkah dua kaedah pembayaran digabungkan dan digunakan untuk satu transaksi? Hanya satu kaedah pembayaran boleh digunakan untuk setiap transaksi. Anda boleh memilih antara ShopeePay atau SPayLater. 6. Mengapa jumlah had saya ditolak dari SPayLater walaupun saya masih mempunyai baki dalam dompet ShopeePay saya? Jika kaedah pembayaran berurutan dipilih, transaksi akan ditolak dari kaedah pembayaran yang telah ditetapkan dahulu. Walau bagaimanapun, jika kaedah pembayaran tersebut tidak mempunyai baki yang mencukupi, transaksi akan ditolak dari kaedah pembayaran kedua. Transaksi tidak boleh dibayar dengan menggabungkan kedua-dua kaedah pembayaran. Contoh:
Jumlah transaksi
RM100
Baki dompet ShopeePay
RM50
Had SPayLater
RM200
Jika dompet ShopeePay ditetapkan sebagai kaedah pembayaran keutamaan diikuti oleh SPayLater, transaksi sebanyak RM100 akan dipotong sepenuhnya daripada SPayLater walaupun masih ada baki dalam dompet ShopeePay. 7. Bolehkah saya menukar aplikasi berkaitan sedia ada dari kaedah pembayaran berurutan kepada kaedah pembayaran tunggal? Ya, anda boleh menukar dari kaedah pembayaran berurutan kepada kaedah pembayaran tunggal untuk aplikasi berkaitan yang sedia ada. Ketahui bagaimana untuk menyahaktifkan kaedah pembayaran berurutan. 8. Mengapa status pengesahan SPayLater saya gagal walaupun saya telah mengaktifkan toggle untuk membenarkan pembayaran SPayLater? Jika anda menerima mesej pengesahan gagal, sila periksa sekali lagi untuk memastikan bahawa anda telah mengaktifkan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengaktifan SPayLater.